Saturday 21 April 2012

Apam ....macam2 versi

Apam senyum boleh,apam dotdot boleh,ladybird,angry bird...macam2 la..janji rajin dan kreatif.Daripada satu resepi boleh diolah jadi berbagai rupa dan rase.

Kalau nak letak inti pun boleh...
inti kaya,jem yg pelbagai rase..
ikut tekak masing2 la....

 
Senyum seindah suria....

Senyum tak perlu kata apa2....

Apam Senyum/Dot2

(C&P dr dapur yatiememories )

(50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
Ps:saya tak letak inti sebab ahli rumah tak suka,kosong je..pun sedap.
Ni bukan apam...
ni Yaya...
tukang makan apam ye.....

ni versi dot2...


No comments:

Post a Comment