Tuesday 22 May 2012

Red Velvet kek...sibaldu merah menawan kalbu...

Red velvet...kegilaan ramai....
ditambah ngan krim cheesee...waduh...meletops
'
'
'
'

Kek ni dibuat tuk sambut hari lahir suami tuan tanah....
xceli surprise tuk hubby....
deco macam biase....
rupe tak penting sangat,yang paling utama rase kek tu...
rase dia sedap bagi tekak tuan tanah la....
korang tak tahu la...
tapi kek ni menjadi kegilaan semua manusia sekarang ni...
eerrr.... bkn ke sekarang org duk gile rainbow kek..
rainbow kek tak try lagi...
nanti la satu hari jika terlebih vitamin R....
so sila layan gambo yang tak seberapa nak indah di bawah ni...

 
Dah masuk 40....

macam best je tengok coklat tu meleleh.....

Kat bawah ni versi kupkek...
ni edisi tahun lepas kot




Resepi boleh tengok kat dapur... 
 cikmin , myresipi, sue-hasue,kak zai, dan byk lg,rajin2 googgle ye...

Resepi kat bawah ni tuan tanah ambik daripada dapur zatidhati ,
C&P...thanks to kak zati
 
RED VELVET CAKE versi 1
A (bahan untuk diayak bersama)
250g cake flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp koko powder

B: 240 ml buttermilk (240ml susucair + 1 tsp cuka, biarkan 10 minit)
2 tbsp pewarna merah - dicampur ke dalam buttermilk

C: 113g butter
300g gula castor
2 bj telur gred A
1 tsp vanila

D: 1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Kaedah: 1. Pukul butter selama 2 minit.
2. Masuk gula castor, pukul lagi 3 minit.
3. Masuk telur sebiji sebiji.
4. Masuk vanila
5. Masukkan A - tepung dan buttermilk berselang seli. Mulakan dengan tepung, akhiri juga dengan tepung.
6. Dalam bekas kecil, curahkan cuka ke atas baking soda (bahan D). Habis saja buih, terus curahkan ke dalam batter.
7. Masukkan ke dalam 3 biji loyang 9". Bakar pada suhu 175g selama 30 minit.


Red Velvet Cake versi 2 (sumber dari www.foodnetwork.com)

Bahan-bahan: 2 1/2 cawan all-purpose flour
1 1/2 cawan gula
1 tsp baking soda
1 tsp garam halus
1 tsp serbuk koko
1 1/2 cawan minyak sayur
1 cawan buttermilk - pada suhu bilik
2 biji telur gred A - pada suhu bilik
2 tbsp(1 oz) pewarna merah
1 tsp cuka
1 tsp vanilla extract

Cara2:
1. Griskan tincake 9", taburkan tepung sesikit.
2. Dalam mangkuk, ayakkan tepung, baking soda, garam dan serbuk koko. Masukkan gula. Gaul rata.
3. Dalam mangkuk yang lain, pukul telur, buttermilk, minyak, pewarna merah, cuka dan vanila.
4. Masukkan bahan 2 ke dalam 3, pukul hingga sebati dan smooth.
5. Masuk ke dalam tincake dan bakar.

Pilihan Frosting:

Butter roux:
3 tbsp gandum
1cawan gula
1 cawan butter
1 cawan susu segar
1 tsp vanila

Kaedah: 1. masukkan tepung ke dalam sedikit susu, kacau rata. Kemudian tambahkan lebihan sus, kacau sebati.
2. Masakkan susu sehingga agak pekat. Sejukkan.
3. Pukul butter, gula hingga gebu. Masukkan susu tadi. Kacau. Anda akan dapat tekstur seperti whipping cream.


Resepi krim cheese boleh guna yang mana2 yang anda sukai.....
So selamat menjamu selera...
sebelum tu kena buat la dulu,baru dapat menjamu selera ye dok?


BYYeeeee


No comments:

Post a Comment