Tuesday 22 May 2012

Red Velvet kek...sibaldu merah menawan kalbu...

Red velvet...kegilaan ramai....
ditambah ngan krim cheesee...waduh...meletops
'
'
'
'

Kek ni dibuat tuk sambut hari lahir suami tuan tanah....
xceli surprise tuk hubby....
deco macam biase....
rupe tak penting sangat,yang paling utama rase kek tu...
rase dia sedap bagi tekak tuan tanah la....
korang tak tahu la...
tapi kek ni menjadi kegilaan semua manusia sekarang ni...
eerrr.... bkn ke sekarang org duk gile rainbow kek..
rainbow kek tak try lagi...
nanti la satu hari jika terlebih vitamin R....
so sila layan gambo yang tak seberapa nak indah di bawah ni...

 
Dah masuk 40....

macam best je tengok coklat tu meleleh.....

Kat bawah ni versi kupkek...
ni edisi tahun lepas kot




Resepi boleh tengok kat dapur... 
 cikmin , myresipi, sue-hasue,kak zai, dan byk lg,rajin2 googgle ye...

Resepi kat bawah ni tuan tanah ambik daripada dapur zatidhati ,
C&P...thanks to kak zati
 
RED VELVET CAKE versi 1
A (bahan untuk diayak bersama)
250g cake flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp koko powder

B: 240 ml buttermilk (240ml susucair + 1 tsp cuka, biarkan 10 minit)
2 tbsp pewarna merah - dicampur ke dalam buttermilk

C: 113g butter
300g gula castor
2 bj telur gred A
1 tsp vanila

D: 1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Kaedah: 1. Pukul butter selama 2 minit.
2. Masuk gula castor, pukul lagi 3 minit.
3. Masuk telur sebiji sebiji.
4. Masuk vanila
5. Masukkan A - tepung dan buttermilk berselang seli. Mulakan dengan tepung, akhiri juga dengan tepung.
6. Dalam bekas kecil, curahkan cuka ke atas baking soda (bahan D). Habis saja buih, terus curahkan ke dalam batter.
7. Masukkan ke dalam 3 biji loyang 9". Bakar pada suhu 175g selama 30 minit.


Red Velvet Cake versi 2 (sumber dari www.foodnetwork.com)

Bahan-bahan: 2 1/2 cawan all-purpose flour
1 1/2 cawan gula
1 tsp baking soda
1 tsp garam halus
1 tsp serbuk koko
1 1/2 cawan minyak sayur
1 cawan buttermilk - pada suhu bilik
2 biji telur gred A - pada suhu bilik
2 tbsp(1 oz) pewarna merah
1 tsp cuka
1 tsp vanilla extract

Cara2:
1. Griskan tincake 9", taburkan tepung sesikit.
2. Dalam mangkuk, ayakkan tepung, baking soda, garam dan serbuk koko. Masukkan gula. Gaul rata.
3. Dalam mangkuk yang lain, pukul telur, buttermilk, minyak, pewarna merah, cuka dan vanila.
4. Masukkan bahan 2 ke dalam 3, pukul hingga sebati dan smooth.
5. Masuk ke dalam tincake dan bakar.

Pilihan Frosting:

Butter roux:
3 tbsp gandum
1cawan gula
1 cawan butter
1 cawan susu segar
1 tsp vanila

Kaedah: 1. masukkan tepung ke dalam sedikit susu, kacau rata. Kemudian tambahkan lebihan sus, kacau sebati.
2. Masakkan susu sehingga agak pekat. Sejukkan.
3. Pukul butter, gula hingga gebu. Masukkan susu tadi. Kacau. Anda akan dapat tekstur seperti whipping cream.


Resepi krim cheese boleh guna yang mana2 yang anda sukai.....
So selamat menjamu selera...
sebelum tu kena buat la dulu,baru dapat menjamu selera ye dok?


BYYeeeee


Resepi African Marble....gebas gebusss

Beberapa hari yang lalu,mungkin beberapa bulan yg lalu lg sesuai,
Ada tertry african marble kek....
sebab tergoda sesangat....ye la tu...
macam biasa resepi ambik dr tenet...
macam biasa gak tak berapa nak ingat dr dapur sapa ambik resepi ni....
apa2 pun million thanks kepada yang memanjangkan resepi ni untuk dicube...

corak suke suki tuan tanah....

asal nak posing je ada tangan...

asal ada tangan je nak posing la kek ni.....hahaaha

ni masa kali pertama try.....

African Marble Cake
Asal resepi cedok di tulip77 

( loyang 10" x 3" tinggi )
Bahan-bahan:
250g      tepung naik sendiri
200g    gula kastor
300g    telur - timbang tanpa kulit ( saya guna 5biji size B )
1camb    ovellate
1camt    baking powder
2camb    susu pekat
50ml    susu segar
175g    butter - cairkan
1/2camb   coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari


Cara-cara:

Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak. 
Selamat mencube!!!! 

Monday 21 May 2012

Hari Guru...karot kek...

Ni kek tuk hari guru....kali pertama cuba kek karot ni...
Nampak gayanya kek ni tak berapa nak laku kat rumah ni....
huhuhu...
tapi lepas la hajat terpendam sekian lama nak try buat kek karot nih....
resepi yg saya cube ni bagi saya agak berminyak....
resepi lain tak try lagi...
resepi saya ambik daripada buku kek tokey kek Amaruszati....zatidhaticakes2u
tapi resepi ni sama gak dgn kek lubak merah sifu suria....kalu tak silap..
duk cari link tp tak jumpa lak...huhuhu


rupa dalaman....

deco untuk diberi ngan jiran depan rumah,juga seorang cikgu...
anak saya selalu gak tumpang pergi dan balik sekolah....

deco tuk makan kat rumah...
nak abihkan krim cheese...

konon2 sambut bday....

Di bawah ni  resepi kek karot ...
pilih je mana yang berkenan...
ekekekeke

Resepi 1

Bahan-bahan :
(A)
114 gm gula kastor
70 gm kuning telur (4 biji)
5 gm garam
160 gm minyak jagung/minyak masak
(B)
190 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk soda
(C)
270 gm lobak merah, diparut
120 gm nenas kiub(tin)
75 gm jus nenas
40 gm kelapa kering
60 gm walnut, bakar dan cincang
(D)
114 gm gula kastor
90 gm putih telur (3 1/2 biji)

Cara Membuatnya :

1. Satukan bahan A kecuali minyak. Pukul hingga kembang dan putih. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil dipukul. Adunan menjadi pes bewarna kuning yang kental dan likat.

2. Masukkan bahan B yang telah diayak. Pukul hingga menjadi pes yang lembut.

3. Pindahkan pes ke dalam sebuah mangkuk adunan yang lebih besar. Masukkan semua bahan C dan gaul dengan senduk atau tangan hingga adunan merata.

4. Satukan bahan D dan pukul kelajuan sederhana untuk menjadi meringue yang kental (stiff peak).

5. Masukkan adunan meringue ke dalam adunan tepung dan gaul dengan senduk atau tangan hingga sebati.

6. Sediakan tin pembakar bulat atau empatsegi berukuran 9 inci x 9 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.

7. Tuangkan adunan ke dalamnya. Ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.

8. Bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.

9. Keluarkan kek dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.


Resepi 2
KEK KAROT
bahan-bahan
4 biji telur ( diasingkan)
1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil ( darurat minyak masak pun boleh)
150g gula castor
150g brown sugar
1 1/2 cawan carrot (diparut)
250g tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 1/2 sudu teh baking soda1 sudu teh garam
100g walnut ( dicingcang, wajib ada baru sedap)
Cara membuatnya:
1. Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua2 jenis tu) dan carrot. Kacau sebati, masukkan pula walnut dan akhir sekali masukkan adunan bahan2 kering yg diayak tadi. Kacau perlahan guna senduk kayu.
2. Pukul putih telur sampai betul2 kembang, soft peak form(ni penting!) & masukkan dlm adunan kek.
3. Bakar pada suhu 180c selama 45 min.tips: bila dah masak dan cucuk dgn lidi tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

frosting
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar

cara membuatnya:
pukul semua aduan
hingga sebati & ringan. Dan boleh dihias di atas kek & tabur kacang walnut.

p/s:saya tak letak walnut..just karot je....